1 Mac 2015 Siasatan SPRM ke atas 1MDB

PetroSaudi International menafikan laporan yang mendakwa kesemua wang yang diperuntukkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan kepada syarikat itu.

PetroSaudi adalah sebuah syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi - merujuk kepada artikel yang disiarkan Sarawak Report berjudul “Heist of the Century — How Jho Low Used PetroSaudi As ‘A Front’ To Siphon Billions Out Of 1MDB!” pada 28 Februari.